nuffnang ads

Monday 14 October 2013

Rendang Aidiladha 2013

Tahun pertama tak balik kampung hari raya haji.. Tahun ni beraya di rumah sendiri sahajalah.. So sempena hari raya esok..mlm ni aku dah prepair juadah hari raya.. 3 jenis saja yg bolehmakumsediakan, ketupat palas, ketupat nasi dan rendang...alhamdullilah hubby kata terbaik..sedap dimakan dengan ketupat palas...hahahaha..

Resepi rendang aku..

1 ekor ayam
3 cawan santan pekat (pati)
1 sudu kerisik
2 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
Perasa klu nk tambah..(hubby xsuka tp dr kecik dah biasa guna ajinamoto)  hehehe...

Bahan yg dikisar:
3 biji bawang besar (holland)
5 biji bawang putih
10 batang serai (boleh 5 btg serai juga tapi saja nk bagi lg rs sedap)
3 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
10 biji cili padi ( kalau nk pedas boleh letak lebih)
15 tangkai cili kering ( tp aku pakai serbuk ja..xsempat nk blend)

Cara-caranya:

1. Masukkan kesemua bahan yg telah dikisar td di dalam kuali besar... Kacau hingga sebati dan rempah pecah minyak..
2. Kemudian, masukkan santan, ayam pertahankan api masak sehingga ayam empuk..
3. Masukkan daun kunyit, kerisik dan perasakan..masak sehingga pecah minyak..
4. Boleh dihidangkan dengan ketupat...



Thursday 3 October 2013

Macam mana nak tahu yang saya kena darah tinggi?

Saya suka info ni.. sebabnya ia berkaitbrapat dengan disekeliling saya ataupun mungkin juga saya..arwah ibu saya dlu menghidap darah tinggi dan juga lelah..masa tu sy belum dikatakan dewasa dan tak ambil berat sgt hal ni..cuma mengingatkn suruh arwah ibu makan ubat, bykkn rehat jgn buat kerja byk, dan bla2...dah lama dah arwah hidap penyakit darah tinggi sy pun xtau apa puncanya masa tu..pada hujung mei 2009 arwah ibu sy kena masuk wad kecemasan doc kata arwah ibu sy terkena serangan jantung pd hari itu..doc sahkan ibu sy tahap kritikal dan tiada harapan lg..masa tu sy terkelu..dan fikiran sy kosong dan akhirnya ibu sy meninggal dunia disisi sy diwad kecemasan..puncanya arwah ibu sy xmakan ubat darah tinggi secara teratur dan ia mengakibatkan serangan jantung..

So kat sini sy nk ambil info ni masuk entry sy...

Jika seseorang itu mendapat bacaan tekanan darahnya pada 140mmHg systolic (atas) dan 90mmHg systolic (bawah) walaupun berada dalam keaadaan tenang atau rehat, maka dia menghidap darah tinggi. Secara puratanya , seseorang yang  normal akan mempunyai tekanan darah kurang dari 130/85mmHg. Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal akan mengakibatkan lebih banyak kemudaratan seperti strok, serangan jantung, buta, kegagalan buah pinggang berfungsi.

Saya suka majalah rapi...

Saya suka majalah rapi sebab byk info psl kesihatan..ini mengingatkan sy supaya xberlebihan makan dan tau berapa kalori yang sy makan..hehehe..badan dah gemuk baru nak suka membaca benda2 ni kan.. so sy akan masukkan info rasa dlm entry sy untuk koleksi tip sy sendiri..so mudah lah kalau sy kemana2 xpayah lah nk selak2 majalah rasa yg dah dibaca..just pakai handphone dan bukak app blog sy dan boleh research disini.. :)

KETAHUI NILAI KALORI untuk 10 jenis 'MAKANAN WARUNG'

Tidak keterlaluan jika dikatakan rakyat malaysia mahupun saya sendiri memang sangat mencintai makanan. Pelbagai jenis hidangan dari masakan melayu, cina, india, semuanya bagaikan warna warni yang hebat memikat selera kita. Makan itu tam salah tapi agurkanlah pemakanan anda agarbtidak melebihi jumlah kalori yang sewajarnya diambil dalam sehari. Jadikan kiraan ribgkas ini sebagain panduan...

1. BUBUR NASI (ISI AYAM + BAWANG GORENG) = 1 mangkuk (330gm) nilai kalori: 160 kcal (1.7 gm lemak)
2. LAKSA = 1 mangkuk (680 gm) nilai kalori: 470 kcal
3.  MI KARI = 1 mangkuk (520gm) nilai kalori: 670 kcal (36.8 gm lemak)
4. ROJAK = 1 pinggan (330gm) nilai kalori: 750 kcal (51.2gm lemak)
5. MI BANDUNG = 1mangkuk (420gm) nilai kalori: 510 kcal (26.1 lemak)
6.  BIHUN SUP = 1 mangkuk (580gm) nilI kalori: 510 kcal (17gm lemak)
7. NASI GORENG CENDAWAN = 1 pinggan (305gm) nilai kalori: 550 kcal (22.6gm lemak)
8. NASI PAPRIK = 1 Pinggan (355gm) nilai kalori: 505 kcal (5.1gm lemak)
9. NASI GORENG PATAYA = 1 pinggan (320gm) nilai kalori: 605 kcal (30.3gm lemak)
10. KUEW TEOW TOM YAM = 1 mangkuk (360gm) nilai kalori: 165 kcal (0.4gm lemak)

Wednesday 2 October 2013

Elak Makan Malam Bantu Turunkn Berat Badan

Makan lewat malam atau 'supper' sudah menjadi trend masyarakat sekarang. Tidak kurang juga yang beranggapan jika makan malam dalam kuantiti yang sedikit mampu menurunkan berat badan. Sebenarnya anggapan tersebut adalah salah kerana sewaktu makan, ia melambatkan lagi proses metabolisme dalam badan anda. Oleh itu, kecenderungan makan lewat malam hendaklah dikurangkan Dan jangan sesekali makan pada waktu malam. Sebaliknya, anda hendaklah nengamalkan makan malam sebelum ham 7.00 malam. Walaubagaimanapun, anda jangan tinggalkan makan anda supaya gula dalam darah seimbang.

Menu Sihat di Bulan Puasa

Kacang Pool Istimewa

Kacang Pol Istimewa (hidangan 4 orang)

Kalori: 276kcal, protien:20g, karbohidrat:34g, lemak:30g, sodium:675mg, serat:8g

Bahan-bahan A:

320g kacang perang/kacang pol
2 sudu kecil jintan manis
8 sudu besar  bawang besar [dipotong dadu]
1 sudu besar bawang putih [dikisar halus]
2 sudu besar minyak zaitun

Bahan-bahan B:

3 batang cili hijau [dihiris]
2 sudu besar  bawang besar [dipotong dadu]
4 biji telur [digoreng]
4 keping roti gandum

Cara membuat:

Kisar kacang pol/ kacang perang sehingga halus.
Kemudian, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan jintan manis sehingga 7 minit.
Masukkan kacang pol dan biarkan ia mendidih.
Hidangkan bersama bahan B.
Taburkan bawang merah dan cili hijau di atas kacang pol yang siap dimasak tadi. Makanlah bersama- sama roti.

BILA BADAN TERASA MULA MENGGELETAR

BILA BADAN TERASA MULA MENGGELETAR dan fikiran gagal untuk fokus, makanlah sesuatu. Itu petanda tahap glukosa dalam tubuh anda sudah jatuh merundum.

MAKAN SECARA KERAP DALAM SAIZ HIDANGAN

MAKAN SECARA KERAP DALAM SAIZ HIDANGAN yang kecil adalah disarankan. Bagaimanapun jangan pula memilih hidangan snek ringan seperti keropok atau kacang yang disalut garam. Pilihlah buah, kismis atau ratahlah salad sayur anda..

Tuesday 1 October 2013

Sambal sotong petai

Sambal sotong petai

Kalori:286kcal, karbohidrat:10g, protien:14g, lemak:21g, kolestrol:90mg, kalsium:3mg, zat besi:2.6mg, natrium:670mg

Bahan-bahan:

800g sotong [rebus]
80g cili boh
40g air asam jawa
35g gula
15g garam
15g stok ayam
200g bawang besar [potong bulat]
280g minyak masak
100g cili merah [dikisar]
80g bawang kecil [dikisar]
60g bawah putih [dikisar]
60g halia [dikisar]

Cara membuat:

-Masukkan sotong di dalam air yang mendidih seketika.
-tumis bahan kisar.
-masukkan cili boh dan biarkan seketika hingga naik minyak.
-masukkan sotong dan kacau sebati.
-campurkan garam dan gula dan stok ayam diikuti dengan air asam jawa.
-hiaskan dengan daun bawang dan cili merah yang telah dimayang. ( hidangan 10 0rang)

Kesari mix

Kesari mix

Hidangan 5 orang

Bahan-bahan:

1 cawan tepung suji [ digoreng tanpa minyak]
4 sudu makan gula
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan minyak sapi
4 biji buah pelaga [ diketuk]
1 sudu makan kismis
1 sudu makan gajus [goreng tanpa minyak]
2 cawan air dan sedikit pewarna kuning

Cara membuat:
- Didihkan air di dalam kuali, masukkan buah pelaga, garam, gula, minyak sapi dan gaul sehingga gula hancur.
-  kemudian, lettakkan sedikit pewarna kuning.
- masukkan tepung suji sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebatian menjadi pekat.
- diikuti dengan memasukkan kismis dan gajus.
- letakkan ke dalam bekas dan ratakan.
- biarkan ia sejuk sebelum dipotong dan hidangkan..

1 hidangan:
Kalori: 160kcal, karbohidrat: 31.3g, protien: 3.7g, lemak:2.92g

Untuk kesihatan:

Buah pelaga dikenali sebagai ratu segala rempah ratus. Bukan sahaja digunakan untuk menyedapkan masakan, ia dikatankan dapat mengatasi mulut berbau, kesukaran bernafas dan batuk.