nuffnang ads

Tuesday 1 October 2013

Kesari mix

Kesari mix

Hidangan 5 orang

Bahan-bahan:

1 cawan tepung suji [ digoreng tanpa minyak]
4 sudu makan gula
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan minyak sapi
4 biji buah pelaga [ diketuk]
1 sudu makan kismis
1 sudu makan gajus [goreng tanpa minyak]
2 cawan air dan sedikit pewarna kuning

Cara membuat:
- Didihkan air di dalam kuali, masukkan buah pelaga, garam, gula, minyak sapi dan gaul sehingga gula hancur.
-  kemudian, lettakkan sedikit pewarna kuning.
- masukkan tepung suji sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebatian menjadi pekat.
- diikuti dengan memasukkan kismis dan gajus.
- letakkan ke dalam bekas dan ratakan.
- biarkan ia sejuk sebelum dipotong dan hidangkan..

1 hidangan:
Kalori: 160kcal, karbohidrat: 31.3g, protien: 3.7g, lemak:2.92g

Untuk kesihatan:

Buah pelaga dikenali sebagai ratu segala rempah ratus. Bukan sahaja digunakan untuk menyedapkan masakan, ia dikatankan dapat mengatasi mulut berbau, kesukaran bernafas dan batuk.

No comments:

Post a Comment