nuffnang ads

Monday 14 October 2013

Rendang Aidiladha 2013

Tahun pertama tak balik kampung hari raya haji.. Tahun ni beraya di rumah sendiri sahajalah.. So sempena hari raya esok..mlm ni aku dah prepair juadah hari raya.. 3 jenis saja yg bolehmakumsediakan, ketupat palas, ketupat nasi dan rendang...alhamdullilah hubby kata terbaik..sedap dimakan dengan ketupat palas...hahahaha..

Resepi rendang aku..

1 ekor ayam
3 cawan santan pekat (pati)
1 sudu kerisik
2 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
Perasa klu nk tambah..(hubby xsuka tp dr kecik dah biasa guna ajinamoto)  hehehe...

Bahan yg dikisar:
3 biji bawang besar (holland)
5 biji bawang putih
10 batang serai (boleh 5 btg serai juga tapi saja nk bagi lg rs sedap)
3 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
10 biji cili padi ( kalau nk pedas boleh letak lebih)
15 tangkai cili kering ( tp aku pakai serbuk ja..xsempat nk blend)

Cara-caranya:

1. Masukkan kesemua bahan yg telah dikisar td di dalam kuali besar... Kacau hingga sebati dan rempah pecah minyak..
2. Kemudian, masukkan santan, ayam pertahankan api masak sehingga ayam empuk..
3. Masukkan daun kunyit, kerisik dan perasakan..masak sehingga pecah minyak..
4. Boleh dihidangkan dengan ketupat...



No comments:

Post a Comment